Malam ini, aku cuba cari satu kepastian. Kepastian tentang perasaan Rahil. Sebenarnya aku banyak lupa. Lupa tentang siapa diri aku, aku lupa bagaimana sifat diri aku. Berita hari sudah tentunya tidak menggembirakan langsung.
Suka atau tidak, aku telankan juga. Jika hal itu bisa melegakan hati aku. Buat kaki kanan, makin hari kita makin jauh. Dan datang satu berita yang buat kita terpisah jauh yang amat lagi. Aku sedang belajar jadi perempuan yang kuat itu. Seperti yang kau mahu.
Tapi nampaknya aku begitu lokek tentang hal hal kebahagian. Mungkin hidup aku sangat nipis dengan kebahagiaan dan amat tebal dengan kesakitan yang aku simpan dalam. Dan kau sebagai seorang sahabat yang menyintai aku seadanya. Terima Kasih.
Kali ini, terbang tinggi-tinggi dan carilah kebahagian hakiki kau. Jika sekali kau lupa jalan untuk pulang. Jangan risau, aku mengerti aku faham. Falsafah yang kau tinggalkan untuk aku, moment yang kau letakkan kat diri aku. Aku simpan rapi dan moga moga aku jadi perempuan itu.
#Halusinasi